Selamat datang ke dunia Ashadi Zain

Sunday, October 01, 2006

Update: Program Derma Buku

Adam Kecil - Debaran Buku Biru: Stok sudah habis.

Usah risau, ada banyak buku lain. Sila buat pilihan anda dengan segera. Siapa cepat dia dapat!

ps: Sila forwardkan tawaran buku percuma ini kepada rakan-rakan anda. Mari kita beramal jariah dan menyemai tabiat membaca!

Tuesday, September 26, 2006

Anda Menentukannya !

Ingin menentukan jalan cerita siri ‘Budak Psikik’?

Anda boleh melakukannya !

Emelkan kepada Ashadi Zain plot / adegan / watak yang ingin anda saksikan dalam siri ‘Budak Psikik’. Sila emelkan cadangan anda kepada adam@ashadi.zzn.com

ps: Ingin buku percuma? Sila rujuk entri di bawah (Program Derma Buku). Tawaran ini hanya sah semasa bulan Ramadhan ni.

Monday, September 25, 2006

Update: Program Derma Buku

Novel 'Kepala Batas ke New Haven' : Stok sudah habis.

Usah risau, ada banyak buku lain. Sila buat pilihan anda dengan segera. Siapa cepat dia dapat!

ps: Sila forwardkan tawaran buku percuma ini kepada rakan-rakan anda. Mari kita beramal jariah dan menyemai tabiat membaca!

Saturday, September 23, 2006

PROGRAM DERMA BUKU

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku-buku Ashadi Zain secara percuma, sila emelkan kepada adam@ashadi.zzn.com maklumat yang berikut:

1. Buku pilihan anda. (Sila rujuk senarai di bawah… ada 30 naskhah untuk didermakan. Maksimum senaskhah seorang).


2. Nama dan alamat penuh.

Jangan risau tentang kos penghantaran. Ianya akan ditanggung oleh pihak Ashadi Zain.

Senarai buku:
1. Budak Psikik 2 (Dendam Hevignas) – ada stok 8 naskhah
2. Budak Psikik 1 – 5 naskhah
3. Adam Kecil (Debaran Buku Biru) – 2 naskhah
4. Adam Kecil (Hampir Kena Tangkap) – 3 naskhah
5. Adam Kecil (Lari Dari Rumah) – 3 naskhah
6. Adam Kecil (Bertarung Dengan Kerengga) – 3 naskhah
7. Dari Kepala Batas ke New Haven – 4 naskhah
8. 166 Tip Sales Efektif – 2 naskhah

Sila forwardkan tawaran ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Mari kita beramal jariah dan menyemai tabiat membaca!

Tuesday, September 12, 2006

Program Mentor-Mentee ASHADI ZAIN (Mentor-AZ)

Program Mentor-Mentee ASHADI ZAIN (Mentor-AZ)

Objektif-objektif utama:
1. Membina generasi masa depan yang cemerlang.
2. Menggilap bakat penulis, terutamanya penulis-penulis muda.
Kumpulan sasar utama:Kanak-kanak/remaja dalam lingkungan umur 10-19 tahun. Bagi mereka yang berumur 20 tahun ke atas, anda digalakkan untuk terus menyertai Kumpulan Penyumbang Cerita Adam Kecil (K-PENCAK).
Peserta Mentor-AZ yang menunjukkan bakat dan kesungguhan yang tinggi akan diberi peluang untuk menulis buku secara bersama dengan Ashadi Zain. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Mentor-AZ ataupun K-PENCAK, sila emelkan nama anda kepada adam@ashadi.zzn.com
PENGUMUMAN
"Ingin menjadi penulis? Inilah peluang yang terbaik untuk anda. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi penyumbang cerita bagi siri Adam Kecil, sila emelkan nama anda ke adam@ashadi.zzn.com"

Sunday, August 27, 2006

50 Penulis Malaysia Paling Popular 2006

Anda dijemput untuk mencalonkan nama penulis kegemaran anda untuk menduduki carta 50 Penulis Malaysia Paling Popular 2006. Anda bebas untuk mencalonkan mana-mana penulis (penulis Malaysia sahaja) dari mana-mana penerbit sekalipun.

Garispanduan ringkas:
1. Setiap orang dibenarkan mencalonkan seramai lima penulis dalam apa genre sekalipun.

2. Sila emelkan nama lima (5) penulis kegemaran anda kepada adam@ashadi.zzn.com

3. Undian akan bermula dari sekarang (28 Ogos 2006) dan pencalonan terakhir boleh dilakukan pada 20 Disember 2006.

4. Keputusan undian akan diumumkan pada 31 Disember 2006.

Cepat! Jangan tunggu lagi! Calonkan nama penulis kegemaran anda sekarang juga!
ps: Cuma seorang penulis tidak boleh dicalonkan, iaitu Ashadi Zain. Ini disebabkan beliau yang mengelolakan carta ini. Jadi, beliau tidak mahu nanti timbul tuduhan conflict of interest.

Tuesday, August 22, 2006

Karya genre baru oleh Ashadi Zain - Psychic Fantasy


Sejak menyedari kebolehan psikik, Aizad semakin lama, semakin meminati bidang parapsikologi dan banyak membaca buku-buku mengenainya. Kali ini Aizad menerima tugas yang agak berat iaitu perlu memusnahkan bola perak Judgement Day yang dimiliki Maximus. Bola berkenaan mampu menghapuskan manusia di bumi ini.

Aizad dan Aini kini bergabung tenaga mahu memusnahkan Maximus. Keupayaan Aizad dalam pertarungan psikik sudah mencapai tahap Dimensi Lima. Mampukah Aizad bertarung tenaga dengan pelbagai kuasa kejahatan termasuk Guru Sundang, Zwart dan ramai lagi? Siapa Hevignas? Mengapa kuasa kejahatan memburu Aizad?

PENGUMUMAN
"Ingin menjadi penulis? Inilah peluang yang terbaik untuk anda. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi penyumbang cerita bagi siri Adam Kecil, sila emelkan nama anda ke adam@ashadi.zzn.com

KEMPEN HENTIKAN KEZALIMAN ISRAEL !